Kira-kira 15 peratus pesakit kencing manis yang berpanjangan mempunyai masalah ini dan 84 peratus daripada jumlah pesakit yang dipotong kaki disebabkan ulser yang gagal dikawal.
Ulser terjadi bermula dengan luka kecil apabila pesakit tidak perasan mereka mempunyai luka itu. Ini kerana pesakit kencing manis yang tidak terkawal hilang deria rasa sakit pada bahagian kaki, terutama tapak.
Pada masa sama, gula yang tinggi dalam darah melambatkan proses penyembuhan dan kandungan gula yang tinggi pada kawasan luka menggalakkan pembiakan bakteria.
![]() |
Kadar gula yang tinggi pada kawasan luka mengalakkan pembiakan bakteria |
Penghasilan sel untuk menyembuhkan luka juga berkurangan bagi pesakit yang menghidap kencing manis. Faktor itu menyebabkan kawasan luka semakin merebak.
Jika tidak dikawal dengan rawatan cepat, kuman akan menembusi daging kaki dan akhirnya masuk ke tulang kaki. Apabila kuman pergi sejauh ini, rawatan menjadi semakin sukar.
Jika luka pada kaki masih kecil, pesakit perlu segera berjumpa doktor di klinik berdekatan. Luka berkenaan perlu dibersihkan setiap hari.
Tisu mati perlu dibuang sebanyak mungkin. Ini kerana tisu mati boleh menjadi tempat kuman ‘berselindung’. Pemberian antibiotik ada kalanya perlu dimulakan.
Jika saiz luka menjadi besar dalam masa singkat atau luka itu sememangnya besar dan bernanah, lebih baik pesakit dirawat di hospital.
Pembersihan luka perlu dilakukan di dewan bedah supaya lebih banyak tisu mati dapat dibuang dan dapat memperbaiki peredaran darah pada kawasan ulser itu, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan. Ubat suntikan antibiotik juga perlu diberi.
Di dalam hospital atau wad kecemasan, X-ray dilakukan untuk melihat keadaan tulang pesakit. Jika kuman merebak sehingga ke tulang, berkemungkinan besar ia perlu dibuang melalui pembedahan.
Ada kalanya jika kuman terus merebak, kaki pesakit akan dipotong sama ada di bawah paras lutut atau di atas paras lutut.
Pertimbangan pembedahan ini perlu dilakukan segera untuk mengelak kematian disebabkan kuman boleh merebak dengan cepat dan masuk ke salur darah pesakit.
Apabila ini berlaku, kemungkinan kuman itu merebak ke organ badan lain dan akhirnya menyebabkan koma dan kematian.
Paling penting, pesakit kencing manis mencegah perkara ini berlaku. Gaya hidup sihat dan kawalan kencing manis sangat penting untuk mengelak kuman merebak. Pemeriksaan kaki yang kerap perlu dilakukan oleh pesakit kencing manis.
Mereka dinasihatkan supaya melihat tapak kaki setiap hari sebelum tidur. Ini kerana bagi mereka yang mengalami saraf rosak disebabkan kencing manis, luka atau bendasing pada tapak kaki tidak dapat dirasai.
Selain itu, pemakaian kasut perlu menjadi kebiasaan, terutama apabila melakukan kerja harian di luar rumah. Ramai pesakit gemar berkaki ayam untuk aktiviti ringan seperti berkebun.
Ini boleh menyebabkan luka terjadi atau tercucuk benda tajam pada tapak kaki. Apabila luka, pembentukan ulser berkemungkinan tidak dapat dielakkan.
Cara lain untuk mengelak dari kaki dipotong
Ambil la Set Kencing Manis Shaklee
---------------------------------
1) VITALEA WITH IRON
- multivitamin dan mineral bagi keperluan tubuh
- membantu mengimbangi multivitamin dan multimineral dengan dalam badan untuk pemulihan dan lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum
2) GLA COMPLEX
- Menghalang komplikasi kencing manis, merendahkan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 serta sakit.
- Sesuai untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
3) ZINC COMPLEX
-Membantu tubuh kita menghasilkan insulin dan membantu untuk menyembuhkan luka dengan cepat dan meningkatkan sistem imun badan
4) VITAMIN C
- sebagai antioksidan semulajadi
- kukuhkan kapilari dan sel darah juga membantu memulihkan kelemahan badan.
5) ALFALFA COMPLEX
- membantu menstabilkan gula dalam darah
- kaya dengan nutrisi dan mineral surih
Dila juga memerlukan STOKIS dan AGEN SHAKLEE dengan segera.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Dapatkan segera dengan harga termurah :)
Sumber :Universiti Utara malaysia
Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.
Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
kristalfadilah.blogspot.com
Casino Tycoon Near Pittsburgh, PA - Mapyro
BalasPadamCasino 서산 출장안마 Tycoon Near 진주 출장마사지 Pittsburgh, PA - Use this simple form to find 전주 출장샵 hotels, motels, and 충주 출장샵 other 전주 출장안마 lodging near Casino Tycoon in the area.