Vitamin B Complex Shaklee (Asid Folik)
Asid folik banyak ditemui di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. makanan berikut mengadungi asid folik:
- Barli
- Daging lembu
- Ragi yang ditapai
- Beras perang
- Keju
- Ayam
- Buah kurma
- Sayuran berdaun hijau
- Daging kambing
- Hati
- Susu
- Cendawan
- Oren
- Sayuran berubi
- Ikan salmon, tuna
- Gandum dan bijirin.
Asid folik dalam makanan akan dimusnahakan jika ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Jadi kepada ibu-ibu yang mengandung diluar sana, pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat serta mengambil vitamin yang mencukupi sepanjang kehamilan anda.
Badan Kesihatan Dunia – World Health Organisation (WHO) mencadangkan bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut:
- Kanak-kanak berusia 1-3 tahun : 160ug/sehari
- Kanak-kanak berusia 4-6 tahun : 200ug/sehari
- Kanak-kanak berusia 7-9 tahun : 300ug/sehari
- Ibu mengandung: 600ug/sehariIbu menyusu: 500ug/sehari
VITAMIN B UNTUK IBU MENGANDUNG ADALAH PENTING.
Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubh mereka. Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protien dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbesa. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya sikecil tidak mendapat jumpalh asid folic seperti yang disyorkan mereka mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat dan kelesuan.
Asid folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengaturkan pembentukan sel saraf “embryonic” dan “fetal”. yang mana amat pentinguntuk tumbesaran yang normal. terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil :neural tube defect” (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini diantara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifina pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.
Acid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketaui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah menpunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggiuntuk mendapatkan anak yang seterusnya denag nkecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan menpreskiripsikan dis asid folik yang lebih tingg bermula sebulan sebelum hamil. Jika boleh, dan diterukan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. keperluan asid folic boleh didapati samada dengan memakan makanan yang diperkayakan denagn asid folik atau denagn pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalaj bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang( limb reduction)., kecacatan sistem pembuangan air kencing dan anemia.
Kata-kata Dr Hamid Arshat.
Dila juga memerlukan STOKIS dan AGEN SHAKLEE dengan segera.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Dapatkan segera dengan harga termurah :)
Sumber :Universiti Utara malaysia
Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.
Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
kristalfadilah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan