KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG

KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG
Sila Klik [Gambar Di atas]

Info Kekal Langsing, Info Kecantikkan dan Testimoni

SID 1111087
COD:~ HUTAN MELINTANG~ TELUK INTAN~ SABAK BERNAM~ BAGAN DATOH~ SUNGAI BESAR
POS LAJU: SELURUH MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------

Selamat Datang ke Blog Saya Rahsia Jelitaku(Vitamin Cinta)..Saya Merupakan Pengedar Sah Shaklee, ID 1111087. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ni kerana saya akan selalu update info Kecantikkan, Penyusuan, Kehamilan, Kekeluargaan.. yang baru untuk tatapan kita bersama~ Ada yang menarik untuk anda! Call/WhatsApp 013 511 2648 (Dila)

Jumaat, 28 November 2014

Alahan boleh bawa Maut

Alahan adalah tindak balas terlebih sensitif atau hipersensitif oleh sel immunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Alahan ini menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana berlakunya alahan itu.

Jika berlaku pada kulit, ia boleh menyebabkan ruam alahan kulit atau ekzema. Alahan pada hidung pula boleh menyebabkan hidung berair, bersin, mata dan hidung menjadi gatal.
Tindak balas hipersensitif ini juga boleh mengancam nyawa jika berlaku pada organ paru-paru dan saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan seseorang pesakit seolah-olah mengalami serangan asma.
Tindak balas alahan yang berlaku secara cepat dan tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang pesakit koma atau kematian kerana serangan pernafasan yang akut. Ini disebabkan gangguan terhadap bekalan oksigen ketika serangan berlaku.

Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca dari pelbagai sumber. Alergen akan memasuki badan pesakit dan merangsang sistem imunisasi, menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan.
Satu sumber alahan ialah pemakanan. Setiap pesakit mempunyai alahan berbeza. Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan ialah soya, kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum dan susu lembu.
Reaksi alahan ini biasanya hanya berlaku pada kulit pesakit dan jarang mengakibatkan serangan pernafasan. Pesakit mengalami kegatalan dan ruam bintat pada hampir keseluruhan badan.
Bahan kimia seperti sabun basuh pinggan dan sabun mandi pula menyebabkan ruam berlaku pada tapak tangan dan bahagian pelipat baju.

Alahan pada makanan

Alahan pada persekitaran

Udara berhabuk dan berdebu, minyak wangi serta penyembur haruman bilik juga boleh menyebabkan berlaku alahan. Namun, biasanya ia hanya membabitkan reaksi di mana hidung dan mata menjadi gatal dan berair.
Ubat seperti antibiotik dan penahan sakit boleh menyebabkan alahan berlaku. Selain itu, gigitan serangga seperti lebah, tebuan, penyengat menyebabkan badan pesakit menghasilkan reaksi imunisasi yang terlalu cepat.



Alahan ini boleh menyebabkan serangan pada saluran pernafasan dan kegagalan beberapa organ badan yang boleh mengancam nyawa dan kematian.
Alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.
Antara cara mengenal pasti alahan ialah dengan menjalankan ujian darah atau ujian kulit untuk menentukan jenis allergen. Beberapa sampel alergen akan disuntik di bawah kulit, dan pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti jenis alahan.
Namun, hanya beberapa jenis alergen dapat dikesan, bergantung kepada kemampuan makmal atau hospital yang melakukannya.

Biasanya, ujian dilakukan pada jenis alergen yang biasa menyebabkan alahan berlaku. Faktor utama menyebabkan berlaku alahan ialah keturunan.
Jika seseorang itu mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom alahan sama.
Reaksi simptom alahan itu berbeza. Selain itu, tidak semua alergen juga sama dalam keturunannya. Namun, penting untuk mengenal pasti jenis allergen bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.

Cara Nak mengatasi Alahan.. Cubalah Set Alahan Shaklee..
==================================


ALFAFA COMPLEX
Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Alfafa mempunyai sifat antihistamine yg dapat mengurangkan masalah alahan seperti gatal, kemerahan dan bersin yg kerap


VITAMIN C
Ianya bersifat antioksidan yang baik untuk melawan radikal bebas. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B COMPLEX 
B Complex ini bersifat sbg penenang kepada mereka yg mempunyai masalah alahan ini kerana biasanya mereka yg senang mengalami alahan cenderung utk mudah berasa stress, bayangkan kalau dah selalu gatal2 n bersin2 kan haruslah stress jadi sbb tu kita sarankan ambil sekali b complex ini utk mengurangkan tekanan




Dila juga memerlukan STOKIS dan AGEN SHAKLEE dengan segera.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Dapatkan segera dengan harga termurah :)

Sumber :Universiti Utara malaysia

Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.
Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
Poslaju: Seluruh Malaysia
kristalfadilah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...