KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG

KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG
Sila Klik [Gambar Di atas]

Info Kekal Langsing, Info Kecantikkan dan Testimoni

SID 1111087
COD:~ HUTAN MELINTANG~ TELUK INTAN~ SABAK BERNAM~ BAGAN DATOH~ SUNGAI BESAR
POS LAJU: SELURUH MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------

Selamat Datang ke Blog Saya Rahsia Jelitaku(Vitamin Cinta)..Saya Merupakan Pengedar Sah Shaklee, ID 1111087. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ni kerana saya akan selalu update info Kecantikkan, Penyusuan, Kehamilan, Kekeluargaan.. yang baru untuk tatapan kita bersama~ Ada yang menarik untuk anda! Call/WhatsApp 013 511 2648 (Dila)

Jumaat, 14 November 2014

Merawat Eczema- Derita Anak Sendiri.

Assalammualaikum...

Pagi ni dila nak cerita tentang anak sulung dila yang kena Eczema. Dila perasan anak dila ni bulan lepas asyik garu-garu kepala... dila tengok teruk sangat garunya sampai banyak kelemumur keluar... petang je dila mesti shampoo petang je shampoo.. lepas sikat rambut dila nampak kelumumor tu lagi.. dalam 1minggu juga dila shampoo rambut manda.. masih ade kelemumor tak berkurangan.. bertambah banyak lagi ada. Cuba selak rambut Amanda(nama pangilan) MASYAALLAH dah ade nanah-nanah berair. Takutnya....... pergi klinik terus doktor cakap ni Eczema .. dila cakap ape punca? .. Doc cakap ni mungkin ade kaitan dengan darah... dan Doc cakap sakit Eczema memang tak ada punca.. Doc bagi shampoo untuk Eczema  Eczema  tak boleh pakai shampoo biasa, bedak, perfume, kosmetik, Panas pun tak boleh nanti peluh lagi gatal. Eczema Amanda dikenali sebagai Eczema Dyshidrotic Dermatitis (Eczema Kering)





Tak tahan tengok dia menggaru.. kesian tau Amanda dapat sakit ini. Mula dah naik di tengkok dan celah siku dan bawah lutut... Tak boleh la tengok Amanda macam ni.. bila panas ckit je menggaru ... kat kepala yang dila tak tahan tengok.. nak dah kelemmor tebal-tebal adeberair dan bernanah.. garu je mesti dila tolong kopekkan kelemumur yang besa-besar tu..kalau biar Amanda yang buat jenuh darah sana sini..eee bagi dila sakit ni menderita sangat Amanda tanggong...





Amanda menggaru  tak ingat.... Ini yang nampak garu di rambut tapi kat kemaluan lagi kesian...selain tu ada di tengkok ketiak dan pelipat siku dan bawah lutut... Rambut panjang.. tapi Doc suruh potong pendek untuk elak penderitaan dia gatal bila naik peluh. Rambut kena sentiasa pendek.

Macam-macam klinik dila ikhtiar segala ubat dah beri tapi tetap sama juga ... pergi farmasi juga beli ubat untuk Eczema tetap juga adetak hilang pun.. gatal makin menjadi-jadi lagi ada la....

Risau fikirkan Amanda jika semakin teruk macam yang dila selalu tengok dari customer dila dan kawan jiran dila... dah keropeng-kerong kudis besar... dila tak nak jadi macam tu...


APA ITU ECZEMA
******************
Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.
Perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Eczema yang teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.
Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).
Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungsi (i.e. kurap, panau).

Ditapak Tangan

Di Pelipat Belakang Lutut

Di Pelipat siku



Ini Eczema yang serius... gerun kan.. takutnya jika Amanda macam ni ... Ya Allah Minta Amanda Diajuhi.. Aameen .... sebab Amanda baru je 1bulan kena.

Punca-punca gejala Eczema

Terdapat 2 punca iaitu  dari dalaman dan juga persekitaran.
  • Faktor daripada genetik atau sejarah keluarga yang menghadpi ekzema, asma dan juga allergi. 
  • Alahan kepada makanan seperti produk tenusu, makanan laut, gandum dan sebagainya. 
  • Alahan kepada habuk di rumah seperti karpet, haiwan peliharaan, habuk persekitaran dan juga debunga. 
  • Faktor suhu iaitu panas dan lembap. 
  • Alahan kepada produk kecantikan seperti syampu, sabun, serbuk pencuci dan sebagainya. 

Jenis-Jenis Eczema 

  • Ekzema atopik Dermatitis - berair 
  • Contact Dermatitis - berair (alergi sentuhan spt sabun, etc) 
  • Dyshidrotic Dermatitis - kering 
  • Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik 
  • Seborriheic Dermatits - kering bersisik 

Tanda-tanda Eczema

"Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan. 
"Papules", pembentukan tompok-tompok merah. 

Kulit mejadi kering, berair dan bersisik. 
Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut. 

Kitaran penyakit  Eczema

Eczema disifatkan sebagai kegagalan fungsi penghadang kulit yang boleh menyebabkan alahan dan juga seterusnya kegatalan. Bila Pesakit tidak dapat menahan kegatalan yang berlaku dan kerap menggaru di kawasan tersebut. Sekiranya kawasan kulit tersebut kering, tahap kegatalan makin meningkat. Bila kawasan tersebut digaru secara kuat dan berulang, lapisan kulit akan mula koyak dan meruam. Lebih buruk lagi, keadaan sebegini boleh menyebabkan bakteria atau kuman memasuki ke kawasan kulit tersebut.

Langkah-Langkah Merawat Eczema

  • Sentiasa melembapkan kulit kerana keradangan bermula akibat kulit yang kering 
  • Elakkan makanan yang menjadi punca kepada Eczema
  • Pakai pakaian yg diperbuat daripada kapas dan pakai secara longgar.
  • Elakkan penggunaan sabun/syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi
  • Catitkan apa yang anak kita makan yang menyebabkan eczemanya semakin teruk
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. 
  • Pastikan anak Kita tidak terdedah kepada suhu yang panas terlalu lama.

Gambar bawah ni masa Amanda belum kena Eczema. Rindu rambut dia yang panjang baru je potong minggu lepas. :(



Kenangan rambut Amanda panjang. Dia pun tak bagi potong.. dia cakap nanti dia tak lawa.. tapi ape nak buat demi kesihatan anak mummy... mummy mesti juga potong rambut Amanda...
Sorry My Dear :(
Nanti dah sembuh kita bela rambut panjang lagi ye



Dila pun usaha jugak mencari penawar untuk merawat Eczema.. 
Apa guna dila pengguna tegar Shaklee dila tak lari dengan Shaklee dila search google set merawat  Eczema. Set nya ialah OMEGAGUARD SHAKLEE+MEALSHAKES+VITA C dan HERBAL BLEND.

Dila order Set tu di Shaklee. Inilah Setnya. 

1. OMEGA GUARD SHAKLEE
2. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
3. MEALSHAKES SHAKLEE DAN
4. LOSYEN HERBAL BLEND (Untuk Sapu)

Set Eczema Untuk Makan

Herbal Blend Untuk Sapu
3hari sapu Herbal Blend kesan luka menjadi kering dan tingal parut.

Susah nak jaga Sakit Eczema Amanda kene Eczema yang jenis kering tak boleh berpeluh mandi pun tak boleh lama.. lepas mandi terus lap-lap badan manda dan sapu HERBAL BLEND supaya kulit Amanda tidak kering ... bagi lembab je.. bila kering boleh menyebabkan cepat gatal dan boleh jadi luka.



Shampoo dila guna pun shampoo Doc beri. Ini lah shampoonya 3hari sekali je. Jika habis ubat ini dila nak cuba cari lain pulak... Basic H2 tu Amanda tak sesuai sebab Eczema Amanda jenis kering nanti lagi terus jadinya.. jika Eczema yang berair saja boleh guna Basic H2... Dila akan usaha cari shampoo yang sesuai untuk Amanda



Cara pemakanan Set Eczema

Meal Shakes Shaklee.
===============

-Bancuh dalam 1sudu susu tu kedalam botol susu.  1kali sehari saja. 

Fungsinya:-

>> Meal Shakes mampu mengurangkan masalah Eczema dengan membantu membaik pulih sel sel badan agar sihat dan sempurna. Pesakit Eczema lazimnya mengalami pertumbuhan sel sel abnormal. Jadi, pengambilan Meal Shakes dapat membantu menghasilkan sel yang lebih sihat dan normal. Jika diamalkan secara konsisten, insyaAllah memang ada yang pulih sepenuhnya. Meal Shakes yang lengkap dengam multivitamin, protin, kalsium dan serat boleh diambil bermula dari kanak kanak setahun hingga dewasa. Sumber Meal Shakes adalah susu lembu.

Omega Guard Shaklee
================

- 1bj sehari selepas Amanda sarapan.

Fungisnya:-

>> OmegaGuard meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru paru serta jantung. Dengan kelebihan meningkat sistem imun ini OmegaGuard dapat membaiki alahan kulit pesakit Eczema  EPA dan DHA dari omega guard juga mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi. Emosi yang tidak terkawal juga merupakan faktor utama Eczema. Sumber OmegaGuard Shaklee adalah dari laut dalam iaitu ikan sardin, mackerel, herring dan anchovies. Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut sejuk menunjukkan, ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah dan merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.


Vitamin C
======

-1bj sehari selepas Amanda makan malam.

Fungsinya:-

>> Adalah bahan terpenting bagi mengatasi masalah Eczema dan alahan ini. Ini kerana ketika badan diserang penyakit alahan, badan anda akan membebaskan bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine ini akan menyebabkan tubuh diserang ruam, gatal-gatal, bersin dan sebagai penyakit alahan sekunder yang lain. Vitamin C pula akan membantu untuk mengawalpenghasilan histamine di dalam bdan kerana ia bertindak balassebagai anti-histamine. Vitamin C juga membantu menguatkan sistem imun tubuh badan dan mempercepatkan penyembuhan tisu.


Losyen Herbal Blend
=================

-Sapu 3x sehari. Seeloknya selepas mandi
  • -Melembabkan kulit.
  • -Menghilangkan parut.
  • -Berangin sejuk menghilangkan rasa gatal
  • -Nyamuk tak gigit bila sapu Losyen Herbal Blend ni.


Fungsinya:-

>> Herbal Blend pula multipurpose cream yang cepat kering, nyaman, bermentol dan tidak melekit. Jadi kanak-kanak lebih selesa dan memberi kelegaan. Krim ni menenangkan dan melembutkan kulit yang kasar termasuklah lutut, siku, tumit dan kesan Eczema  Herbal blend diperbuat dari sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Jadi pengguna harus juga waspada pada alahan sumber asas semua produk yang dicadangkan supaya hasilnya menakjubkan dan tidak mengecewakan.

Pengakuan dila sendiri.

"" Setelah mengambil Set Eczema  selama 7hari kulit kepala Amanda dan semakin kurang tapi belum sepenuhnya. Kulit badan manda pun sekarang lembab-lembab""

Sekarang Amanda semakin ceria terhindar dari kegatalan lagi. Alhamdulillah... dila masih merawat manda lagi supaya sembuh sepenuhnya..

Doakan anak saya supaya sembuh ya :) :) tq....



Jika anak ada Ekzima boleh dapatkan khidmat nasihat dari dila 013 511 2648... Dila sedia membantu :)

Dila juga memerlukan STOKIS dan AGEN SHAKLEE dengan segera.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Dapatkan segera dengan harga termurah :)

Sumber :Universiti Utara malaysia

Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.
Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
Poslaju: Seluruh Malaysia
kristalfadilah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...