Buat Tatapan Keluarga Shaklee,
Kesihatan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita. Sama ada penampilan luara, perasaan dalaman dan kerjayaan seseorang, semuanya bergantung kepada kesihatan. Di Shaklee, kami tahu kesihatan yang baik menjadi tunggak kebahagiaan hidup dan jangka hayat yang lebih panjang. Justerus itu, sebagai sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat, kami amat berbesar hati kerana dapat menawarkan anda rangkaian produk kesihatan yang dapat membantu meningkatkan taraf kualiti kesihatan dan kehidupan anda.
Dalam tahun 1915, Dr. Shaklee telah mencipta antara salah satu multivitamin pertama dan sejak itu kami meneruskan usaha murni tersebut dengan mencipta pelbagai produk kesihatan semulajadi yang lain. Antaranya adalah mencipta pengasingan protein yang ertama seumpamanya, menjadi salah satu peneraju dalam penghasilan minyak ikan; dan produk revolusi Shaklee Vivix(TM) dan Cinch(R). Kami juga telah menaburkan hampir $300 juta dolar Amerika dalam bidang pembangunan dan penyelidikan. Kamihanya menggunakan sumber asli terpilih dengan kualiti terbaik yang ada, dan sentiasa meneroka dalam pengumpulann penemuan-penemuan kajian sains terbaik dunia untuk memberikan produk yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan Sentiasa Mesra Alam. Ini kerana kami amat prihatin dalam kebajikan kesihatan anda dan keluarga.
Dalam pada itu, kami juga rancak dalam menjaga kesihaatan alam sekitar. Shaklee telah mencipta bahan pencuci rumusan biorosot bebas toksik pertama di Amerika Syarikat. Kami juga telah mencipta bahan pertama dunia yang disahkan seagai Climate Neutral(R) dalam menyekat pengeluaran karbon yang mengasilajn impak sifar pada alam sekitar. Selan itu, Kami telah berjaya mencapai sasaran kempen menanam 1 juta pokok dengan kerjasama penerima anugerah Nobel Peace 2004, Dr. Wangari Maathai. Ini adalah kerana kami percaya, bila kita mengambil sumber alam terbaik untuk mencipta produk kesihatan untuk manusia, maka kita perlu kembalikan apa yang telah kita ambil dariNYA.
Dan hari ini kami merupakan komuniti yang pesat berkembang melebihi 1.2 juta orang di seluruh dunia dengan berkongsi pelbagai produk yang dapat membantu orang ramai mengubah nasib masa depan dari segi kesihatan juga kewangan. Misi dan hasrat kami adalah menawarkan peluang setiap insan kembali menanam impian, mmembantu orang lain meraih pendapatan dan mencapai kebebasan kewangan hanya dengan berkongsi produk pada yang menginginkannya. Kami gelarkannya sebagai Social Marketing(R) dan kami telah lama dan berjaya melakukan lebih 55tahun yang lalu.
Salam Hormat
Roger Barnet.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif
Shaklee Corporation.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan