KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG

KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG
Sila Klik [Gambar Di atas]

Info Kekal Langsing, Info Kecantikkan dan Testimoni

SID 1111087
COD:~ HUTAN MELINTANG~ TELUK INTAN~ SABAK BERNAM~ BAGAN DATOH~ SUNGAI BESAR
POS LAJU: SELURUH MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------

Selamat Datang ke Blog Saya Rahsia Jelitaku(Vitamin Cinta)..Saya Merupakan Pengedar Sah Shaklee, ID 1111087. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ni kerana saya akan selalu update info Kecantikkan, Penyusuan, Kehamilan, Kekeluargaan.. yang baru untuk tatapan kita bersama~ Ada yang menarik untuk anda! Call/WhatsApp 013 511 2648 (Dila)

Isnin, 15 Disember 2014

Makin Ramai Penghidap Kanser Usus

Cegah Kanser Usus.

Assalammualaikum.. kekasih-kekasih Allah S.W.T :)

Hari ini kita kongsikan tentang kanser USUS...jom baca ......

Kanser usus atau kolorektal semakin bertambah jumlahnya dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) pada 2007, kanser usus adalah kanĂ‚­ser kedua tertinggi insiden di Malaysia selepas kanser payudara.



Semakin ramai mendapat pe­nyakit ini, terutama golongan lebih muda, kerana gaya hidup tidak sihat, termasuk masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok dan pemakanan tidak sihat.
Pemakanan faktor terpenting mencegah kanser usus. Satu kajian dijalankan di Eropah selama 12 tahun menunjukkan enam gaya hidup yang meningkatkan risiko kanser usus adalah kegemukan, perut buncit, kurang aktiviti fizikal, merokok, minum minuman beralkohol dan makan makanan proses.
Untuk mengurangkan risiko kanser usus, pakar mencadangkan beberapa langkah boleh kita amalkan.
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan makanan berserat tinggi seperti oat, beras perang. Sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis dan taugeh sangat baik dimakan selalu untuk mencegah kanser usus.
Kurangkan makan daging merah seperti daging lembu dan kambing. Masak daging dengan suhu tinggi seperti menggoreng, memanggang hingga hitam atau barbeku boleh meningkatkan risiko kanser usus kerana penghasilan bahan dipanggil AGE (advance glycation endproduct).

Kaedah lebih sihat adalah memasak dengan suhu rendah dan berkuah. Makan lebih banyak ikan yang kaya dengan Omega 3 didapati boleh mengurangkan risiko kanser usus.
Di samping itu, makanan yang kaya dengan probiotik seperti dadih (yogurt), minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok dan belacan juga membantu mencegah kanser usus.
Ambil makanan mengandungi asid folik yang tinggi, termasuk sayur-sayuran hijau seperti kangkung dan bayam sangat baik untuk mencegah kanser usus. Buah-buahan limau citrus seperti limau nipis, lemon, oren dan limau bali juga kaya dengan asid folik.


Kajian menunjukkan pemakanan yang kaya dengan asid folik boleh mencegah kanser usus. Ambil makanan yang tinggi kalsium dan vitamin D yang secukupnya.
Makanan tinggi kalsium seperti susu, keju, dadih, ikan salmon, ikan sardin, ikan bilis dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Sumber vitamin D dari makanan adalah ikan salmon, ikan sardin, kuning telur dan paling utama adalah cahaya matahari pagi. Kita perlu mendedahkan kulit pada cahaya matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D secukupnya yang dihasilĂ‚­kan oleh kulit apabila terdedah dengan cahaya matahari pagi. Pengambilan makanan tambahan vitamin D juga boleh diamalkan.
Elakkan tabiat usus yang kurang sihat seperti sembelit. Didik diri kita untuk membuang air besar setiap hari. Meminum air secukupnya setiap hari sangat penting untuk mencegah sembelit.
Minum air ditapis juga sa­ngat penting untuk mencegah kita mengambil bahan-bahan toksin terlarut dalam air seperti klorin, logam berat dan sebagainya. Makan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran,­ oat, beras perang dan sebagainya.


Pemakanan yang rendah serat akan menyebabkan masalah sembelit dan tabiat usus yang tidak sihat. Kajian menunjukkan tabiat usus yang tidak sihat menyumbang kepada risiko kanser usus yang tinggi.
Ini kerana seseorang yang menghadapi masalah sembelit menyebabkan bahan karsinogen dalam makanan akan menyentuh dan irritasi dinding usus berlaku dengan lebih lama dan akhirnya mengakibatkan sel di dinding usus berubah menjadi sel kanser.
Biasanya ia bermula dalam bentuk ketumbuhan kecil dipanggil polip. Elak mengambil makanan proses yang tinggi dengan gula, tepung gandum, pengawet, pewarna, perasa yang tinggi bahan kimia proses.
Makanan proses mengganggu keasidan dalam usus yang menyebabkan bakteria baik dalam usus tidak berkembang biak dengan baik. Gangguan ketidakseimbangan bakteria dalam usus meningkatkan risiko mendapat kanser usus.

Merokok juga meningkat­kan risiko mendapat kanser, termasuk kanser usus. Rokok mengandungi beribu-ribu jenis toksin dan radikal bebas yang akan menyebabkan kanser.
Pelbagai kajian menunjukkan kaitan rapat antara tabiat merokok dan risiko kanser yang lebih tinggi. Ini satu lagi motivasi bagi perokok untuk meninggalkan tabiat buruk ini bagi mengurangkan risiko mendapat kanser usus.



Meninggalkan minum arak juga mempunyai kesan sama menurunkan risiko mendapat kanser usus. Bersenam dan aktif secara fizikal dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus.
Kajian menunjukkan kaitan rapat antara masalah kegemukan dan perut buncit dengan risiko kanser usus yang lebih tinggi. Aktif secara fizikal dan bersenam akan membantu menurunkan berat badan dan secara langsung menurunkan risiko mendapat kanser usus.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kanser usus bukan penyakit yang mudah dirawat dan ia membabitkan banyak perbelanjaan. Mengamalkan langkah pencegahan adalah cara terbaik walaupun ia bukan jaminan 100 peratus, tetapi berusaha menjaga kesihatan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam.

Khasiat Alfalfa





Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut,

masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air,

tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, 

alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas

 berbau, serta tujuan detoksifikasi.


Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, 

membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil,

 kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, 

merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan 

anti-bakteria.


Kebaikan Herb Lax

1. Pembersihan najis yang tersekat

2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan 

secara lembut kepada najis yang tersekat dalam usus

3. Membantu masalah sembelit

4. Boleh mengembalikan semula proses pembuangan secara 

semulajadi

5. Mengempiskan perut

6. Memberi kepejalan kepada perut

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SAYA NAK BELI !! 
013 511 2648 (Dila)
Dila juga memerlukan STOKIS dan AGEN SHAKLEE dengan segera.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Dapatkan segera dengan harga termurah :)

Sumber :Universiti Utara malaysia

Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.
Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
Poslaju: Seluruh Malaysia
kristalfadilah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...