Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Merawat Diabetis Kanak-kanak

Diabetis Kanak-kanak.
  • Diabetes merupakan penyakit yang bukan sahaja boleh dihidapi oleh orang dewasa, malah boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia, termasuklah kanak-kanak.
  • Wabak global ini merupakan satu daripada penyakit-penyakit kronik yang lazim di kalangan kanak-kanak.
  • Kegagalan mengesan atau merawat dari peringkat awal boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi yang mengancam nyawa apabila dewasa kelak, seperti serangan jantung dan juga strok.
  • Jika kanak-kanak yang menghidap diabetes tidak mengawal penyakit ini dengan betul dari awal, maka risiko untuk mereka menghidap penyakit-penyakit kronik lain yang berkaitan dengannya adalah lebih tinggi.
  • Menurut statistik, diabetes di kalangan kanak-kanak amat membimbangkan. Diabetes jenis kedua, yang selama ini lebih sinonim dengan orang dewasa, semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja.
  • Malah, diabetes jenis kedua di kalangan kanak-kanak merupakan jenis diabetes utama di banyak negara.
  • Di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, satu daripada 100 kanak-kanak mungkin menghidap diabetes jenis kedua, manakala di sesetengah masyarakat lain pula nisbahnya adalah setinggi 1 bagi setiap 25 kanak-kanak!
  • Terdapat juga peningkatan dalam bilangan kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis pertama. Sebelum ini, diabetes jenis pertama adalah satu-satunya jenis diabetes yang wujud di kalangan kanak-kanak.
  • Angka daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan bahawa setiap tahun di seluruh dunia, kira-kira 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun diserang oleh penyakit ini. Dianggarkan juga seramai 200 kanak-kanak akan menghidap diabetes jenis pertama setiap hari!
  • Walau bagaimanapun, masih belum terlambat kerana sebagai ibu bapa, anda masih boleh melakukan sesuatu untuk mencegah anak anda daripada menjadi mangsa “ibu kepada segala penyakit” ini.
  • Walaupun kini masih tiada cara yang berkesan untuk mencegah diabetes jenis pertama, namun kajian menunjukkan bahawa diabetes jenis kedua mampu dicegah atau dilengahkan.
  • Berita baiknya adalah sebagai langkah pencegahan, anda hanya perlu memberikan sedikit lebih perhatian dan mengubah gaya hidup anak-anak.
  • Pencegahan lebih baik daripada rawatan
  • Seperti mana yang boleh anda lihat, anda hanya perlu menyelitkan tip-tip gaya hidup sihat yang mudah ini ke dalam rutin harian anak-anak anda bagi mencegah mereka daripada menghidap diabetes jenis kedua.
  • Ingat bahawa bagi diabetes, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan kerana sehingga kini masih tiada lagi rawatan untuk menyembuhkan penyakit sepanjang hayat ini, yang mana jika tanpa kawalan dan pengurusan yang betul akan membawa kepada akibat yang tidak diingini.
  • Selain daripada tip-tip gaya hidup ini, perkara paling penting yang boleh anda lakukan sebagai ibu bapa adalah menjadi contoh yang baik, terutama sekali jika anda sendiri menghidap diabetes.
  • Amalan gaya hidup sihat akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak anda mendapati semua ahli keluarganya turut makan secara betul dan menjalani aktiviti fizikal secara kerap.
  • Langkah ini mungkin dapat mengurangkan risiko ahli-ahli keluarga lain menghidap diabetes. Ingatlah bahawa ianya tidak terlalu awal untuk anak-anak anda memulakan perjalanan mereka ke arah hidup yang sihat!
  • Artikel terakhir kami di dalam siri ini minggu hadapan akan memfokuskan tentang memaklumkan kepada anak-anak anda tentang diabetes dan betapa bahayanya penyakit ini.
  • Tidak kira betapa kecil sekalipun anak anda, mereka masih perlu faham tentang kepentingan menjalani gaya hidup yang sihat dari kecil supaya mereka menghargainya apabila tua kelak.
-Mulakan Hari Ini!
  • Secara global, peningkatan dalam diabetes jenis kedua di kalangan kanak-kanak dikatakan akibat daripada tiga punca utama:
          * Berat badan berlebihan atau obes
          * Tidak aktif secara fizikal (contohnya kurang bersenam)
          * Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes


  • Anda hanya perlu memastikan mereka makan secara betul dan banyakkan bersenam! Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi melindungi anak anda daripada diabetes (Lihat jadual).
  • Tetapi, janganlah hanya memerhati dan menyelaras sahaja, adalah lebih baik jika anda turut serta mengamalkan tips-tips berkenaan bersama anak-anak anda untuk turut melindungi diri anda!
  • Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes, namun apabila dilihat pada kedua-dua punca lain, anda akan sedar betapa mudahnya untuk mencegah anak anda daripada menghidap diabetes.
untuk merawat Diabetis kanak-kanak ialah 

Meal ShaesFresh Vanilla

Chewable Vita-C Plus

Set ini alhamdulillah dengan izin Allah Taala SWT boleh merawat diabetis anak-anak.

Aameen... kita iktiar dan merawat tapi Allah yang menyembuhkannya.

Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
Facebook:Kristal Fadilah Amanda
Like:Rahsia Jelitaku
Poslaju: Seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan