Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Tips-tips Nak Senang Beranak

Bagi Senang Meneran Beranak.
Assalamualaikum!~
Masa dapat tahu pregnant 1st child memang suke bebenor la 
melompat2 kan. Tapi, bila orang ceghita pasai sakit nak beranak, 
terkentut-kentut mendengarnya! muahahaha. 


1st child dik non...tatottttt!
Memang banyak cara bagaimana nak memudahkan proses kelahiran ni. 

Nak bagi tak sakit langsung tu kind of impossible sebab sakit itu nikmat yang dikurnia Allah untuk wanita dan penghapus/ kafarah dosanya yang lalu. Sebab tu, kita jangan mengeluh sakit bila dekat2 nak melahirkan, sebaliknya basahilah lidahmu dengan bacaan zikir dan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Hati akan jadi tenang...percayalah...
So, anyway proses mengandung memang sangat mengujakan. 3 trimester yang Dila lalui alhamdulillah takda simptom atau alahan yang teruk. Seronok menggendong perut yang memboyot ke sana sini hehehe. Pergi keje seronok, pergi jenjalan seronok, sokmo orang bagi tempat duduk heeee :).

Bila dah masuk 8 bulan, hati dah gabra jiwa dah senak perut dah tegang. Fikiran melayang2 apalah nasibku bila melahirkan. Adakah berjaya? Adakah ia mudah atau sebaliknya? 

So, diri ini mula mengagau menanya 'otai-otai' lama pasal bab ni. Fuh!

Mama kata.....

  • Ringan tulang - mama kata rajin2lah buat kijer umah. Mengemas dan buat kerja2 yang terlarat oleh tubuhmu. Jangan dimanjakan sangat badan tu. Tengok orang2 dulu, semua kemudahan takda lagi, semua kijer dibuat manually, walaupun payah tapi bila masa nak beranak...sangat senang.
  • Amalkan tidur yang sihat - Acaner tu? jangan amalkan tidur yang melampau-lampau lamanya. Mungkin ada ibu2 yang mengalami alahan2 teruk dan badan seperti lemah tak bermaya sepanjang pregnancy ni. Maka, anda perlu 'mind setting' dalam paler anda yang positif. Orang2 dulu kata 'jangan tidur banyak, nanti anak jadi pemalas' hehe.
  • Makan yang baik - makanan orang2 dulu tak semewah sekarang ni. Apa nak sumer boleh sumbat janji sedap kan. Mama kata, berhati2lah ngan apa yang kita makan. Paling bagus, amalkan makan kurma (sunnah nabi). Bukan takat nak bagi anak dalam perut tu besok jadi cerdik, soleh/solehah/cantik kulit dan sbgnya, tapi juga sebagai penambah tenaga untuk kita meneran nanti. Selain itu, boleh juga amalkan minum air zam-zam dan minum air rebusan akar fatimah. Kedua2 bahan ini boleh didapati di Mekah, so kalau time2 tu dekat ngan time raya haji bolehlah tolong saudara yang gi haji kirimkan. Satu lagi mama kata, ambil telur ayam kampung sebiji sehari/2 hari masa dekat2 nak sampai bulan tu, pecahkan dalam cawan dan telan terus!Gulp!
  • Senaman - orang2 dulu pun ada senaman jugak. Tapi, bukan senaman pre-natal yang macam kita buat sekarang ni siap ada kelas bagai kan. Mama kata, kat umah pun boleh buat takyah susah2 nak buang duit daftar amik kelas huhu *garang omak den*. Mama kata, bila kandungan dah cukup kuat dalam umur 7 bulan ke atas cenggitu, bolehlah amalkan senaman 'squatting'. Alaa yang kita dok mencangkung tu, tapi kita squat bergantung pada kedua2 paha kita. Haaaaa, mama cakap ini untuk menguatkan otot2 pelvik kita, kira macam nak mudah bagi kembang otot tu. Tu pasal la, dulu mama Dila kata,"Nim, kalu nak senang beranak pegi cuci bilik air ko tu. Berus lantai dinding tu. Sambil buat tu mencangkung, tapi tahan ngan paha". Dalam hati, 'whott?apa kes cuci lantai ngan senang beranak plak? dah la aku ni pemalas bab2 ni' muahahaha~ Now, i andersteng heeee :))
  • Solat dan Doa - ni jangan tinggal weh! kalau tak diamalkan dua elemen ni tersangatla rugi hidupmu. Pas solat mama kata, amalkan baca surah2 pilihan (ramai dah tahu ni). Baca juga doa untuk memudahkan kelahiran. Tak tinggal juga doa Nabi Yunus (Kisah Nabi Yunus dalam Ikan). Pengalaman Dial, masa dalam labor room tu, doa ni banyak mengurangkan kesakitan yang Dial alami. Pastu, mintalah doa banyak2 pada Allah agar dipermudahkan urusan kelahiran anak kita dan sbgnya.
  • Minta maaf - rajin2lah minta maaf ngan suamimu, kata mama. Tapi, jangan amalkan masa mengandung je tau! Luangkan suatu hari, suatu masa untuk korang berdua2an ngan suami dan genggamlah tangan suamimu sambil memohon ampun andai ada silap korang sepanjang mengandung ni. Biasala, hormon imbalance..kita tak perasan tapi tok laki kita terrrrkecik ati..manerlah tau kan. Mintak dia doakan semoga kita selamat melahirkan anak dia...kan romantik gitu? ihik~
  • Tambahan - Masa Dila nak melahirkan 1st child dulu, Dila takda prepare apa sangat, segala jenis selusuh, tapi Air kelapa memang tak putus-putus minum hingga sampai bersalin. Pergi 'botak' camtu je huhu tak tahu ape-ape. Bila dh masuk 2nd child, Mama preparekan air dan minyak selusuh untuk sapu dan minum. Tapi, minyak selusuh tu Dila minum semasa jalan sudah bukak 4.... Dila sapu air selusuh tu sambil baca selawat dari atas kepala hingga hingga ujung kaki. 
Kita hanya merancang tapi Allah jua menentukan. Dila dapat beranak normal, dapatlah merasa camner beranak normal cuma c-zer je belum merasa.Dila mengandung anak kedua baru la pandai ambil suplement untuk membantu senang bersalin... memang sangat berkesan.
Lumrah bagi ibu bersalin normal mengalami koyakan 
di bahagian perineum, samada secara semulajadi atau digunting oleh bidan/gynae/jururawat (episiotomi). 
Episiotomi adalah praktis biasa dalam perbidanan di rantau ini. Walau bagaimanapun, terdapat bidan yang mahir mengendalikan 
hal ini dan dapat mengampu bahagian itu dengan baik agar tidak berlaku koyakan.
Antara langkah2 yang boleh dilakukan oleh ibu hamil 
bagi mengelakkan koyakan pada perineum sewaktu kelahiran
(harap2 doktor/misi/houseman tak cepat2 nak gunting):
  • Mengambil supplement secukupnnya agar senang bersalin 
  • banyak tenaga untuk meneran. Supplement tersebut terdiri dari:



  • Protein (boleh ambil Soy Protein atau ESP)
  • Vitamin A (boleh ambil Vita-Lea)
  • Kalsium (boleh ambil Ostematrix)
  • Otak,Pintar (boleh ambil Omega Guard)
  • Vitamin C (boleh ambil Vita-C Sustained Released 500mg)
  • Vitamin B (boleh ambil B Complex)
  • Mengambil air yang banyak agar kulit dan tisu-tisu sentiasa anjal
  • Mengamalkan senaman seperti berenang dan kegel
  • Mengurut perineum dengan minyak khas
Tapi, jangan percaya 100% senang beranak tu disebabkan 
korang amalkan semua petua2 di atas. Kita hanya berdoa dan berusaha. Selebihnya, tertakluk kepada kuasa Allah. Sebab tu namanya perrghhhhtua...adios :))

P/S: Pada bakal2 ibu dan bakal menambah umat, selamat 

menimang cahaya mata. Semoga anak yang bakal 
dilahirkan bakal jadi mujahid/mujahidah yang soleh/solehah :))

Nak menikmati rasa senang bersalin boleh la 

ikhtiar Set Mengandung Shaklee yang 
Dila sendiri sudah mencubanya..



Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.

Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
Facebook:Kristal Fadilah Amanda
Like:Rahsia Jelitaku
Poslaju: Seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan