KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG

KEDAI VITAMIN HUTAN MELINTANG
Sila Klik [Gambar Di atas]

Info Kekal Langsing, Info Kecantikkan dan Testimoni

SID 1111087
COD:~ HUTAN MELINTANG~ TELUK INTAN~ SABAK BERNAM~ BAGAN DATOH~ SUNGAI BESAR
POS LAJU: SELURUH MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------

Selamat Datang ke Blog Saya Rahsia Jelitaku(Vitamin Cinta)..Saya Merupakan Pengedar Sah Shaklee, ID 1111087. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ni kerana saya akan selalu update info Kecantikkan, Penyusuan, Kehamilan, Kekeluargaan.. yang baru untuk tatapan kita bersama~ Ada yang menarik untuk anda! Call/WhatsApp 013 511 2648 (Dila)

Isnin, 20 Oktober 2014

Bagaimana Cara Memenangi Hati Mertua.

Asslammualaikum Pencinta Blog :)

Dila cuba cari topic mertua dlm enjin carian tapi dr smlm asyik heng jerr. 

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi 
miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai
isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan 
dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu
tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata 
dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi 
bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri 
dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya 
bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari 
awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil 
anda akan jadi menantu kesayangan.





1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal 
kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah 
mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. 
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi 
lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. 
Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa
yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan 
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan 
ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya 
dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda 
terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita
tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa 
bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, 
jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda 
juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak 
salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri 
anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda 
dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang
tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda 
seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda.
Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika 
menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung 
perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang 
membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri 
dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut 
dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun 
anda keletihan,tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda
menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan 
anak mereka,pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar



Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648

Facebook:Kristal Fadilah Amanda
Like:Rahsia Jelitaku
Poslaju: Seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...