Penyakit Darah Tinggi
Apa dia tekanan darah ?
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana tekanan darah diukur? Tekanan darah ada dua ukuran yang biasanya dirakam seperti berikut:
120 / 80 mmHg
Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Apa dia tekanan darah tinggi ?
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi.
Tekanan darah optima:
120 / 80 mmHg
Tekanan darah tinggi:
Lebih daripada 139 / 89 mmHg
Apakah akibat tekanan darah tinggi?
Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
* Serangan Jantung
* Angin Ahmar
* Kegagalan jantung
* Kerosakan buah pinggang
Jia tekanan darah anda optima 120 / 80 mmHg anda perlu mengawal tekanan darah anda dengan cara:
* Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;
- 2 kali setahun jika kadarnya normal
- lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.* Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan:
- Garam
Garam berlebihan didalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan didalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah .
- Lemak
Lemak berlebihan akan terkumpul disekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
* Kekalkan berat badan unggul
* Bersenam secara berkala
* Elakkan pengambilan alcohol
* Tidak merokokApakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima
* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
* tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
* kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
* kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
* kekalkan berat badan unggul
* bersenam secara berkala
* elakkan pengambilan alkohol
Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
- Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
- Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
- Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010
Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
- Cara hidup tidak aktif
- Umur melebihi 35 tahun
- Kegemukan
- Paras kolesterol tinggi
- Faktor keturunan & Sejarah keluarga
- Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
- Pengambilan garam yang tinggi
- Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
- Penyakit buah pinggang
Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi
- Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
- Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
- Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Komplikasi Tekanan Darah Tinggi
- Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
- Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
- Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
- Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
- Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.
Cara untuk merawat Penyakit Darah tinggi:-
Vivix Shaklee
Vivix mengandungi resveratoral. Resveratoral mencegah keradangan yang berlaku pada salur darah yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
Resveratoral juga membantu meningkatkan keupayaan salur darah untuk bertindak balas kepada tekanan darah yang berubah- ubah.
Testimoni Yang Mengambil Vivix
Mari lihat apa kata Rosli Mohd Daud Sendiri.
Mari lihat apa kata Rosli Mohd Daud Sendiri.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Dapatkan segera Vivix Shaklee dengan harga termurah :)
Sumber :Universiti Utara malaysia
Sebarang pertanyaan Hubungi Dila.
Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648
kristalfadilah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan