Halaman

Jumaat, 3 Oktober 2014

Bagaimana Mula Kenal Shaklee

Bermulanya Dila kenal Shaklee sehingga berbisnes Online.

Bismillahhirrahmanirrahim....... 

Assalammualaikum W.B.T kepada semua pembaca.

Selamat petang kepada semua pencinta blog dan pembaca blog. Terlebih dahulu sebelum memulakan cerita saya perkenalkan diri saya Nur Fadilah Binti Mohd Shubly. Lebih dikenali sebagai Dila. Anda semua boleh panggil nama manja Dila @ kakngah. Kakngah tu nama panggilan dirumah. Terpulang nak pangil nama ape. Umur Dila 32 tahun dan sudah berumah tangga selama 4 tahun mempunyai 2cahaya mata 1 perempuan Nur Adryanna Amanda 3 tahun, 1 lelaki Muhammad Aaron Zackry 1 tahun dan suami tercinta Ryan Saifuddin 33 tahun. Dila dilahirkan di perak Teluk Intan dan suami orang Sarawak Dalat tapi seperti orang malaysia sini kerana sudah lama duduk di Johor Bharu Masai.



KELUARGA KECILKU 2014

TENTANG SAYA

Dila anak kedua dari 4 beradik 3 perempuan dan 1 lelaki. kakak Dila yang sulung sudah pergi kepada penciptanya 4 tahun yang lepas. Adik yang ke3 dila sekarang bekerja sebagai kerani photosted di Hutan Melintang dan yang lelaki bongsu yang ke 4 masih blaja lagi di Politeknik Sabak Bernam ambil jurusan perhotelan. Kami bertiga anak yatim sudah tiada Ayah selama 12 tahun. Kami sekarang hanya tinggal bersama Mama saja. Sori la gambar Family dila gambar lama tahun ini tak sempat nak bergambar bersama.



KELUARGA BESARKU 2011

PEKERJAAN

Dila selepas habis belajar di ITTARAS Alor Star jurusan Internet Teknologi.Dila bekerja di kedai CCTV Al Electical Sdn Bhd setiawan. Dila belajar tentang CCTV sebagai setiausaha disitu.  Selama 1 tahun setegah juga Dila bekerja di kedai CCTV. Sayang tak lama Dila kerja....mabuk hamil anak ke 2 Dila berhenti.



KENANGAN KERJA CCTV 2012

Meja Kerjaku
DILA DAN SHAKLEE

Setelah kelahiran Muhammad Aaron Zackry bulan April anak ke2 Dila. Dila mempunyai berat badan yang ketara hingga nak bangun duduk pun tak lalu kerana berat badan yang terOVERdos sangat, badan berlemak-lemak tepu. Tension fikirkan berat badan ni baju yang lama semua tak muat ketat2. 

Malu nak keluar mana2 dengan baju yang ketat dan nampak hodoh dibahagian perut berlipat-lipat.Sudah 3 bulan berpantang tapi berat Dila masa tu..... seingat dila 80kg.. aduh masa ngandung ritu 88kg alahai 8kg je turun sepanjang 3 bulan berpantang 8kg je turun sedddihh!! 


Ini tak boleh jadi ni Dila mesti bertindak tak boleh berlengah-lengah nak turunkan berat badan jugak. 

Tiap-tiap bulan Dila akan bawa Aaron ke klinik kesihatan untuk cek. Masa tu la Dila bertemu dengan kawan sekolah (Fizah) yang sama dalam pantang. Dila tengok semakin lama makin turun berat badan dia... bukan sikit tapi banyak dan susut inci yang ketara. Dila pun ape lagi tanya la dia makan ape sampai kurus macam ni kalau tak dia bukannya jenis orang yang kurus. Dila tanya2 dia pun bagi tau yang dia ambil LECITHIN SOY SHAKLEE.

Ambil 3bj lepas Lunch & 3bj lepas Dinner - 1hari

BISNES ONLINE SHAKLEE


Nak masuk 4 BULAN pantang baru Dila ambil LECITHIN SOY SHAKLEE.tak sampai 1 BULAN berat boleh turun sebanyak 5kg... wah ini benar-benar menakjubkan.cuma dengan hanya jaga pemakanan dan minum air masak banyak je dalam 3 liter 1hari. Masuk botol ke 2 LECITHIN Dila beli HERBLAX untuk cuci usus dan kempiskan perutku yang buncit!!! terlampau ini...

Ambil 4j - 1hari sebelum tidur

Tak putus2 makan set ni .. bila timbang je mesti turun. Bulan ke 2 je mula la terasa seluar dah londeh dan baju besar2 tak ketat lagi... kawan Dila pun terkejut badan Dila berubah besar dari XL hingga ke L. semakin seronok Dila berat badan turun begitu laju dan sihat. Jiran tegur kata kurusnya ko Dila AKU PUN TAK KURUS MACAM KO. kalau macam ni la ko kurus Dila baik la kamu berniaga SHAKLEE dan jadi testimoni diri sendiri. Dila fikir-fikir panjang Dila pun setuju nak jadi ahli shaklee dan berbisnes online SHAKLEE sepenuh masa daripada tak buat apaa kat rumahkan. Baru tahun ini jadi ahli Shaklee 10.2.2014.
#ShakleeEffectKu September 2014

INILAH HASILNYA setelah 6bulan amalkan set kurus bajet Shaklee sahaja boleh turun berat sebanyak ini.
SET KECANTIKKAN SHAKLEE DILA AMALKAN.

Setelah mempunyai badan yang stabil Dila mengambil pula set kecantikkan Shaklee membuat kulit Dila licin gebu glowing dan fresh lembab saje. Set yang Dila ambil vita E, vita C dan ESP Soy Shaklee.



#ShakleeEffectku September 2014

SUSUR GALUR DILA.
  1. Master Nadiah Suhaidi
  2. Master Jacky
  3. Master Ajuya
  4. Master Ida
  5. Master Ija
  6. Dila

Ini adalah moyang Dila, onyang Dila, Opah Dila, Mak kepada mak kepada mak dan kepada mak hehe baru Dila.

Mereka la menaburkan benih-benih-Shaklee pada Dila dan Dila kutip satu demi satu supaya penuh hasilnya Dila dapat dan AKAN Dila besarkan ladang benih itu supaya beranak pinak Buahnya.

 
Tunjuk ajar mereka sangat masuk ke dalam jiwa..buat Dila faham dari A hingga Z. Dila kosong dulu tapi sekarang berbonus-bonus Dila dapat tiap-tiap bulan. Terima kasih master-master hebatku.



Agen Shaklee Hutan Melintang
SDI:1111087
WhatsApp:0135112648

Poslaju: Seluruh Malaysia






Tiada ulasan:

Catat Ulasan